Home » Ku Seru Kasihmu by Izzul Izzati
Ku Seru Kasihmu Izzul Izzati

Ku Seru Kasihmu

Izzul Izzati

Published
ISBN :
Enter the sum

 About the Book 

Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah,MoreMemiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi.Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai ‘muka tembok’ demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya… mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati?